PENGENALAN
Pasukan Kadet Remaja Sekolah adalah sebuah pasukan badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1995. Tujuan utama penubuhan ialah menjadi suatu wacana ke arah pembentukan pelajar menjadi insan cemerlang yang mampu mencapai kesejahteraan diri. Pasukan ini juga menjadi alternatif kepada penyertaan pelajar dalam kegiatan beruniform selain pasukan-pasukan lain yang sedia ada. Bermula daripada idea asal pengasas yang ingin membantu para pelajar bermasalah tingkatan 1 dan 2 SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur menjadi pelajar yang lebih terarah kerohaniannya serta mempunyai mental yang kuat dalam melawan pengaruh negatif persekitaran, usaha dan idea murni yang dicurahkan berjaya menambat hati KPM. Setelah melalui berbagai penambah-baikan, KRS kini menjadi pasukan yang paling ramai keahliannya di Malaysia. Baca sejarah penubuhan dalam Buku Panduan KRS dan TKRS
Pada masa ini hampir kesemua sekolah di Malaysia mempunyai pasukan ini. Pasukan KRS juga ditubuhkan di institusi lahihan guru, sekolah swasta dan sekolah agama. Menjadi dasar KPM agar KRS/TKRS mesti ditubuhkan ada di setiap sekolah bantuan kerajaan. Bagi sekolah kurang murid, satu usaha mengadakan pasukan ini mesti dilakukan.
Keistimewaan Kadet Remaja Sekolah ialah:-
1. Kurikulumnya disediakan oleh para guru sendiri yang memahami dan menghayati keperluan pelajarnya, mengikut acuan pendidikan berbanding kebanyakan pasukan lain yang berasal dari barat (NGO) atau mempunyai falsafah dan pendekatan berdasarkan badan induk (GO). Sesungguhnya para guru lebih falam kehendak dan halatuju pendidikan kita.
2. Kurikulum dan perlaksanaannya beroreantasikan kerohanian, menitikberatkan nilai-nilai agama.
3. Pembentukan pelajar menjadi warganegara yang baik - terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia adalah badan induk pasukan
Demi memantapkan pasukan, konsep penurunan kuasa dilakukan oleh KPM seperti hairaki berikut:-
1. Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Jabatan Pelajaran Negeri
3. Pejabat Pelajaran Daerah
4. Sekolah
Bagi setiap peringkat di atas, individu tertinggi adalah yang bertanggungjawab/ketua terhadap pasukan di dalam kawasan bidang kuasanya, seperti Pengarah Pelajaran Negeri berfungsi sebagai Pengarah KRS Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah berfungsi sebagai Pegawai KRS Daerah dan pengetua/gurubesar berfungsi sebagai Komandan KRS/TKRS sekolah.
SEKRETARIAT KRS
Sekretariat KRS merupakan satu kumpulan Pegawai Latihan KRS yang dilantik sebagai jawatankuasa teknikal bagi membantu pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti KRS/TKRS di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Terdapat 2 kategori sekretariat KRS pada masa ini, iaitu: 1. Sekretariat KRS Negeri
2. Sekretariat KRS Daerah
 |
Peserta-peserta Kursus Sekretariat KRS Daerah 2009
bersama Pengarah KRS Terengganu (Pengarah Pelajaran Negeri) |
DASAR PENYERTAAN SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua sekolah bantuan penuh kerajaan (SK dan SMK) menubuhkan pasukan KRS/TKRS. Kelayakan sekolah jenis ini adalah secara automatik. Hal yang sama juga berlaku di institusi-institusi latihan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelayakan penyetaan pelajar adalah Tahap 2 (sekolah rendah) dan tingkatan 1 hingga 6 atas (sekolah menengah).
Bagi sekolah-sekolah yang bukan di bawah KPM seperti sekolah swasta (rendah dan menengah) permohonan untuk menubuhkan pasukan hendaklah dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing. Adalah menjadi dasar KPM menggalakkan penyertaan sekolah-sekolah kategori ini demi kebajikan para murid. Bagaimanapun tiada peruntukan kewangan disediakan bagi sebarang penyertaan aktiviti (anjuran PPD, JPN dan KPM) di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, dan hendaklah ditanggung oleh sekolah terbabit.
NAMA PANGGILAN DALAM KRS
- Pasukan Kadet Remaja Sekolah boleh dipanggil dengan singkatan KRS.
- TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH atau TKRS bagi Organisasi KRS sekolah rendah.
- KADET REMAJA SEKOLAH atau KRS bagi Organisasi KRS sekolah menengah.
- PEGAWAI KRS bagi Guru-guru penasihat KRS di sekolah rendah, menengah, institusi perguruan, PPD, JPN dan KPM.
- PEGAWAI LATIHAN KRS bagi Guru-guru penasihat KRS di sekolah dan institusi perguruan.
- PEGAWAI PENGURUSAN KRS bagi Guru-guru yang menjawat jawatan pengurusan di sekolah, PPD, institusi perguruan dan KPM dan menjawat jawatan pengurusan KRS.
- PEGAWAI KEHORMAT KRS bagi Individu bukan guru yang dilantik sebagai pegawai kehormat pasukan. .
PEMAKAIAN UNIFORM
Pemakaian uniform dan tatacara pemakaian anggota dan pegawai tertakluk kepada status anggota/pegawai tersebut serta situasi/acara pada masa tersebut.
Kadet TKRS - Pakaian utama (Baju No3 dengan seluar biru gelap)
Kadet KRS - Pakaian No 4 (Hijau gelap 'sherwood darkgreen') adalah pakaian utama.
Pakaian No 3 (Baju hijau muda dengan Seluar sekolah/seluar No.4)
Pegawai KRS- Pakaian No 2 (Bush Jacket), atau
Pakaian No 3 (Baju Hijau muda) atau
Pakaian No 4