Pages

Friday, March 16, 2012

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Alhamdulillah, Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Negeri Terengganu 2012 telah berjaya diadakan pada 12 - 15 Mac 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Terengganu (SK Menerong).

Sekretariat KRS Terengganu memberikan mandat pertama kepada sub unitnya Sekretariat TKRS Terengganu  yang di ketuai oleh Kapten KRS Azli b. Saad menjayakan perkhemahan ini dengan kerjasama PPD Hulu Terengganu sebagai tuan rumah. Seramai   pegawai dan peserta telah mengambil bahagian. Pihak sekretariat juga mendapat kerjasama daripada Pusat Kokurikulum JPNT, JPAM Hulu Terengganu dan beberapa agensi lain.

Antara tujuan utama perkhemahan ini ialah mengenalpasti wakil peserta dan pegawai yang akan membawa cabaran Kontijen TKRS Terengganu ke Perkhemahan TKRS Kebangsaan yang bakal diadakan di Kem Santubong, Sarawak pada 9-14 April 2012..

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Pertandingan kawad
  • Orienteering
  • Masakan 
  • Tali Temali
  • River Trecking
  • Persembahan
Tuan Haji Abdul Rahman b. Bakar selaku Penolong Pegawai KRS Daerah Hulu Terengganu telah memberikan ucaptama pada malam pertama perkhemahan, manakala upacara perasmian penutup perkhemahan disempurnakan oleh En. Awang b. Mohamad, Pegawai KRS Daerah Dungun.

Kadet Putera  yang terpilih mewakili Terengganu bersama VIP 
Kadet Puteri  yang terpilih mewakili Terengganu bersama VIP  
En. Awang b. Mohamad, Pegawai KRS Daerah Dungun
Peserta Daerah Kemaman


Kumpulan Peserta KTS



Kumpulan Peserta KTU
Peserta tuan rumah, Hulu Terengganu
Petugas dari Jabatan Pertahanan Awam

Lihat Album penuh
1. Perkhemahan TKRS Terengganu - Album 1
2. Perkhemahan TKRS Terengganu - Album 2
3. Perkhemahan TKRS Terengganu - Album 3

No comments:

Post a Comment